2K telah mengumumkan yang permainan simulasi tenis TopSpin 2K25 yang diumumkan pada awal tahun ini, akan dilancarkan pada 26 April 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Sesi pra-tempahan juga sudah dibuka di kesemua platform.

Mereka juga mengumumkan yang Roger Federer dan Serena Williams akan menghiasi muka depan untuk Edisi Standard dan Edisi Grand Slam, manakala atlit terkini iaitu Carlos Alcaraz, Iga Swiaterk dan Francis Tiafoe akan menjadi muka depan untuk Edisi Deluxe.

Antara yang disertakan di dalam permainan ini adalah mod “Win the career Grand Slam”, 48 gelanggang tenis termasuk juga 15 berdasarkan gelanggang sebenar, semasa pelancaran terdapat 24 atlit termasuk juga Roger Federer dan Serena Williams. Ia juga menyertakan sesi permainan secara solo dan juga dalam talian seperti mod MyPlayer.

TopSpin 2K25 dibangunkan oleh Hangar 13 yang sebelum ini membangunkan permainan seperti Mafia.

Sohor Kini