Ubisoft telah mengumumkan yang The Crew Motorfest boleh dicuba secara percuma sepanjang hujung minggu ini iaitu bermula pada 15 Mac sehingga 18 Mac untuk PlayStation, Xbox dan juga PC. Melalui sesi ini, pemain boleh mengakses permainan penuh, dan boleh meneruskan kemajuan yang sama jika membeli permainan penuh selepas sesi percubaan ini.
Penawaran ini adalah bersempena dengan pelancaran musim ketiga untuknya.
Antara kandungan yang akan tiba bersama dengan musim baharu ini ialah Playlist “Hollywood Action!”, acara “Streamers Dream” yang melibatkan pencipta kandungan, mod baharu “Main Stage Legacy”, dan 47 pilihan kereta baharu.
The Crew Motorfest sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.