Skip to main content

Minggu ini boleh dikatakan sebagai minggu yang tenang sebelum badai, tiada permainan mercu yang dilancarkan terdapat tetapi terdapat permainan yang dikenali ramai, seperti Contra dan juga permainan olahan semula seperti Star Wars: Battlefront Classic yang tiba, manakala minggu depan, akan menjadi satu cerita yang berbeza.

Berikut adalah 5 permainan menarik yang akan tiba minggu ini:

Contra: Operation Galuga

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Contra merupakan satu judul permainan yang tidak asing lagi dan sangat popular sebagai permainan untuk NES dan juga arked. Melalui Contra: Operation Galuga, WayForward dan Konami ingin membawa permainan klasik tersebut untuk pemain baharu. Permainan ini menyertakan peringkat, penjahat dan juga mekanik baharu. Ia boleh dimainkan secara solo ataupun koperasi sehingga 4 pemain.

Star Wars: Battlefront Classic Collection

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC

Aspyr dan Lucasfilm Games bekerjasama untuk membawa semula koleksi permainan awal Star Wars: Battlefront iaitu Star Wars Battlefront yang dilancarkan pada tahun 2004 dan Star Wars Battlefront II yang dilancarkan setahun kemudian. Versi terbaru ini bukan sahaja menyertakan tatamain luar talian tetapi juga dalam talian yang menyokong sehingga 64 pemain.

Highwater

Platform: PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android (Netflix)

Highwater adalah permainan pengembaraan yang dibangunkan oleh Demagog Studio dan diterbitkan oleh Rogue Games. Selain pengembaraan, ia juga menyertakan pertempuran di dalam bentuk tekaria mengikut turutan. Permainan ini memfokuskan kepada sekumpulan manusia yang cuba untuk menyelamatkan diri dari dunia yang semakin hampir untuk berakhir.

Outcast : A New Beginning

Platform: PS5, Xbox Series, PC

Di dalam Outcast – A New Beginning pemain kembali sebagai Cutter Slade di dalam permainan aksi pengembaraan ini. Kali ini, pemain akan menyelamatkan puak Talans dari serangan musuh. Ia dibangunkan oleh Appeal Studios untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.

Kingdom Come: Deliverance

Platform: Nintendo Switch

Kingdom Come: Deliverance bukanlah permainan baharu, sudah dilancarkan untuk PS4, Xbox One dan PC sejak tahun 2018 lagi, namun minggu ini, ia akhirnya tiba di satu platform tambahan iaitu Nintendo Switch. Deliverance merupakan permainan RPG yang menyertakan elemen dunia terbuka dan dimainkan secara first-person. Ia adalah mengenai peperangan yang berlaku di Bohemia pada tahun 1403.

Baca: Ulasan Kingdom Come: Deliverance

Leave a Reply