Pada tahun lepas, Astro telah berkongsi senarai kandungan-kandungan paling popular di platform mereka untuk tahun lepas, antara yang tersenarai adalah Projek High Council.

Bermula pada hari ini, siri tersebut juga boleh mula ditonton di Netflix yang menyertakan kesemua 10 episod. Projek High Council merupakan siri yang dicipta oleh Anwari Ashraf yang juga mengarah bersama dengan Zulaikha Zakaria.

Antara senarai pelakon ialah Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Daiyan Trisha, dan Nadhir Nasar. Siri ini adalah mengenai kisah buli yang berlaku si sekolah berasrama penuh. Ia juga dikatakan mengambil inspirasi daripada kisah benar. Siri ini mula disiarkan di Astro pada tahun awal tahun lepas.

Sohor Kini