Filem Baharu Super Mario Bros. Akan Tiba Pada Tahun 2026

Shigeru Miyamoto iaitu pencipta untuk siri Super Mario Bros. telah mengumumkan yang filem terbaru berdasarkan siri tersebut akan ditayangkan pada 3 April 2026 di US dan beberapa pasaran, filem ini akan meneruskan kerjasama mereka dengan Illumination yang membawa filem pertama pada tahun lepas. Pengumuman ini dilakukan bersempena dengan sambutan Mario Day pada 10 Mac.

Seperti filem pertama, “The Super Mario Bros. Movie”, filem baharu ini juga akan diarahkan oleh Aaron Horvath dan Michael Jelenic dengan Chris Meledandri dan Shigeru Miyamoto juga akan kembali sebagai Penerbit.

The Super Mario Bros. Movie merupakan antara filem yang mengutip kutipan tertinggi dengan kutipan sebanyak $1.3 bilion hanya diatasi oleh Barbie pada tahun lepas. Anda boleh baca ulasan kami untuknya di pautan berikut – Ulasan The Super Mario Bros. Movie.

Sohor Kini