Deadline telah melaporkan yang Sophie Wilde yang dikenali melalui watak Mia di dalam filem Talk to Me akan terlibat dengan filem aksi nyata ‘Watch Dogs’ yang merupakan adaptasi kepada permainan oleh Ubisoft berjudul sama.

Filem ini diarahkan oleh pengarah dari Perancis iaitu Mathie Turi dengan lakon layar ditulis oleh Christie LeBlanc bersama dengan Victoria Bata. Ia akan diterbitkan oleh New Regency Pictures dengan Yariv Milcvhan dan Natalie Lehmann akan menjadi Penerbit bersama dengan Margaret Boykin mewakili Ubisoft Film & Television.

Watch Dogs buat masa ini telah mempunyai tiga permainan, dengan yang pertama dikeluarkan pada tahun 2014 dan terbaru dikeluarkan pada tahun 2020 iaitu Watch Dogs: Legion. Ketiga-tiga permainan menyertakan watak utama yang berlainan tetapi dunianya berkait, bagi filem masih tidak diumumkan lagi watak ataupun penceritaan tetapi ia akan berlaku di dalam dunia yang sama dengan permainan.

Sohor Kini