MSI telah mengumumkan yang sesi pra-tempahan untuk PC mudah alih mereka iaitu MSI Claw dibuka bermula 9 Mac sehingga 21 Mac 2024 dengan menawarkan dua pilihan model yang dikuasakan Intel Core Ultra 7 atau Intel Core Ultra 5 dan ditawarkan dengan harga RM3,999 atau RM3,499.

Selain perbezaan cip pemprosesan, dua model yang ditawarkan juga hadir dengan pilihan storan berbeza iaitu 1TB dan 512GB. Selain daripada itu, kesemua spesifikasi lain adalah sama iaitu skrin 7″, resolusi 1920 x 1080 dengan kadar segar semula sehingga 120Hz. MSI Claw juga dilengkapi dengan RAM 16GB dan boleh dinaik taraf sehingga 32GB.

Setiap sesi pra-tempahan juga akan mendapat hadiah percuma yang bernilai RM499 yang mengandungi kerangka MSI Claw Travel, pelindung skrin MSI Claw Tempered Glass, rantai kunci MSI Claw, lanyard MSI Claw, topi MSI, figura mini MSI, langganan Ubisoft+ selama 7 hari, Xbox Ultimate Game Pass selama sebulan.

Pra-tempahan boleh dilakukan bermula esok melalui Gedung Dalam Talian Rasmi MSI, Shopee MSI ataupun cawangan MSI di Plaza Low Yat, Mid Valley Megamall dan IOI City Mall, Putrajaya.

Sohor Kini