Jualan Musim Bunga Di Steam Berlangsung 15 Mac Ini

Steam hari ini telah mengumumkan yang jualan promosi seterusnya untuk mereka adalah “The Steam Spring Sale” ataupun jualan musim bunga yang akan bermula pada 15 Mac sehingga 22 Mac 2024. Mereka juga berkongsi treler untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Buat masa ini masih tidak disahkan lagi permainan-permainan yang akan terlibat dengan jualan promosi ini, namun ia adalah masa terbaik untuk meletakkan permainan-permainan yang anda ingin di dalam senarai hajat untuk pembelian semasa jualan promosi bermula.

Sohor Kini