Prime Video hari ini telah berkongsi treler pertama untuk siri aksi nyata Fallout yang turut mengumumkan kesemua episod akan mula disiarkan pada 11 April 2024 di platform penstriman tersebut. Bagi musim sulung ini, ia akan mempunyai 8 episod.

Siri ini memfokuskan kepada Lucy lakonan Ella Purnell yang baru sahaja keluar daripada “vault” dan tidak menjangkakan keadaan dunia pada waktu itu. Treler ini juga memperlihatkan Moldaver lakonan Sarita Choudhury dan Ma June lakonan Dale Dickey.

Jonathan Nolan yang sebelum ini hadir dengan siri seperti Westworld dan Person of Interest akan menjadi pengarah untuk tiga episod pertama dan juga Penerbit Eksekutif bersama dengan Lisa Joy. Geneva Robertson-Dworet dan Graham Wagner ialah penulis dan juga showrunner bersama.

Fallout merupakan siri permainan oleh Bethesda Softwork yang setakat ini telah menerima 6 permainan video bersama dengan beberapa permainan sampingan.

Sohor Kini