Skip to main content

Netflix hari ini telah berkongsi treler acah untuk Parasyte: The Grey iaitu siri berdasarkan manga berjudul Parasyte yang dihasilkan oleh Hitoshi Iwaaki dan diterbitkan oleh Kodansha. Siri ini diarahkan oleh Yeon Sang-Ho iaitu pengarah untuk Train to Busan dan Hellbound.

Siri ini adalah mengenai makhluk asing yang tiba ke bumi dan menjadi parasit dengan mengambil-alih badan manusia, akan tetapi terdapat manusia yang walaupun sudah dijangkiti oleh parasit ini masih boleh membuat keputusan sendiri.

Antara senarai pelakon ialah Jeon So-nee, Koo Kyo-hwan, Lee Jung-hyun, Kwon Hae-ho, dan Kim In-kwon. Parasyte: The Grey akan disiarkan di Netflix pada 5 April 2024.

Leave a Reply