Netflix telah mengumumkan yang siri aksi nyata Avatar The Last Airbender akan menerima dua lagi musim, selepas musim pertama yang disiarkan bermula pada 22 Februari lepas telah menerima 41.1 juta penonton untuk 11 hari pertama. Ia juga merupakan kandungan pertama id 76 negara dan ‘Top 10’ di 92 negara termasuk juga Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai tarikh siaran serta jumlah episod akan diumumkan kemudian, namun dengan siri animasi terbahagi kepada iaitu Book 1 – Water, Book 2 – Earth, Book 3 – Fire, berkemungkinan besar siri aksi nyata ini juga akan mengikut struktur yang sama. Poster yang dikongsi oleh Netflix juga memperlihatkan logo yang menggambarkan Earth dan Fire.
Siri ini dibintangi oleh Gordon Cormier, Kiawentiio, Ian Ousley, Dallas Liu, Ken Leung, Paul Sun-Hyung Lee dan Daniel Dae Kim yang dijangka untuk kembali bagi dua musim lagi ini. Musim pertama Avatar The Last Airbender boleh ditonton di Netflix dan anda boleh baca ulasan kami di pautan berikut – Ulasan Avatar: The Last Airbender (2024).