PlayStation telah mengumumkan yang berkas PlayStation 5 Genshin Impact akan mula ditawarkan di Malaysia pada 10 April 2024 dengan harga RM2,499. Berkas ini adalah seperti pembelian PlayStation 5 biasa tetapi hadir dengan kotak yang menyertakan watak-watak Genshin Impact dari Fontaine.

Selain itu, berkas ini akan turut menyertakan kod baucar yang menyertakan barangan di dalam permainan iaitu:

  • 1 x Berkas Kostum
  • 1 x Kad Nama
  • 800 x Primogems
  • 10 x Hero’s Wit
  • 100K x Mora

Berkas kostum boleh digunakan untuk menebus salah satu daripada kostum watak iaitu untuk Ganyu, Shenhe, Klee, Kamisato Ayaka, Keqing, Jean, Ningguang, Barbara, Kaeya, Lisa dan Fischl.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation, PC, iOS dan Android dengan kemaskini terbaru iaitu versi 4.5 akan tiba pada 13 Mac.

Sohor Kini