Skip to main content

Warner Bros telah mengatakan yang bagi permainan video, mereka ingin memberi fokus kepada empat IP utama iaitu Mortal Kombat, Game of Thrones, DC dan Harry Potter. Perkara ini dikatakan oleh JB Perrette iaitu CEO Penstriman dan Permainan Video untuk Warner Bros ketika Persidangan Morgan Stanley yang berlangsung baru-baru ini. (dilaporkan oleh VGC).

Selain itu, beliau juga mengatakan yang permainan mudah alih dan permainan percuma untuk dimainkan yang akan menjana pendapatan yang tekal menjadi fokus utama bagi mereka untuk menjadikan perniagaan permainan video Warner Bros kurang tidak menentu. Beliau memberi contoh bagaimana Hogwart Legacy memberi kejayaan kepada mereka pada tahun lepas, tetapi Suicide Squad tidak dapat melakukan perkara yang sama pada tahun ini.

Tambahan kepada permainan mudah alih dan permainan percuma, JB Perrette juga mengatakan yang komponen Live Service juga akan diketengahkan. Ini untuk memastikan sesuatu permainan dimainkan secara berterusan dan bukan hanya dimainkan sekali sahaja. Dengan perancangan ini, beliau menjangkakan perniagaan ini akan memperlihatkan perkembangan dalam masa beberapa tahun lagi.

Leave a Reply