MacBook Air Dengan Cip M3 Diumumkan – Harga Bermula RM5,199

Apple hari ini telah mengumumkan MacBook Air baharu yang kini dikuasakan dengan cip M3 yang diperkenalkan bersama dengan MacBook Pro dan juga iMac pada akhir tahun lepas. Menurut Apple, cip M3 adalah 60% lebih pantas berbanding cip M1, yang akan memberi kelebihan kepada permainan video seperti No Man’s Sky.

Baca: Adakah Apple Pemain Baharu Di Dalam Industri Permainan Video?

MacBook Air baharu ini ditawarkan dengan dua pilihan saiz skrin iaitu 13-inci yang ditawarkan dengan harga bermula RM5,199 manakala 15-inci dengan harga RM6,199. Ia ditawarkan dengan warna Midnight, Silver dan Space Grey.

Manakala MacBook Air yang menggunakan cip M2 kini ditawarkan dengan harga RM400 lebih murah iaitu bermula RM4,799.

Sohor Kini