GreedFall 2 Dilancarkan Secara Akses Awal Tahun Ini

Nacon bersama dengan pembangun Spiders telah mengumumkan yang GreedFall II: The Dying World akan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini secara akses awal untuk PC. Ia adalah permainan susulan untuk GreedFall yang dilancarkan pada tahun 2019.

Mereka juga mengatakan yang permainan kedua ini adalah lebih besar berbanding dengan permainan pertama dan merasakan akses awal adalah cara terbaik untuk memastikan permainan ini dibangunkan dengan baik.

Antara perubahan yang akan disertakan di dalam permainan ini adalah sistem pertempuran dengan pemain akan diberi lebih kawalan untuk menentukan apa yang akan dilakukan oleh rakan sepasukan, namun menegaskan yang ia bukan sistem pertempuran mengikut turutan.

Sohor Kini