Hot Wheels Let’s Race iaitu siri animasi terbaru oleh Mattel Television Studios telah mula disiarkan di Netflix dan mempunyai 10 episod kesemuanya. Siri ini merupakan siri komedi yang khusus untuk kanak-kanak.

Siri ini ini adalah mengenai sekumpulan pelumba generasi baru: Coop, Spark, Mac, Brights, Axle, dan Sidecar yang menyertai satu kem perlumbaan untuk menguji kemahiran pemanduan mereka. Siri ini dipenuhi dengan pertandingan perlumbaan yang mencabar, aksi-aksi yang ekstrem, dan cabaran – cabaran yang memacu adrenalin setiap pelumba.

Bagi meraikan pelancaran siri ini, Kejuaraan Perlumbaan Ultimate Hot Wheels telah dianjurkan. Peringkat kelayakan telah bermula dari 15 Februari sehingga 3 Mac yang berlangsung di lokasi-lokasi yang terpilih seluruh Malaysia. Bagi acara kemuncak kejuaraan Hot Wheels Let’s Race ini akan diadakan di ruang legar IOI City Mall bermula dari 5 Mac hingga 10 Mac 2024 dan pertandingan akhir bagi kejuaraan ini adalah pada 9 Mac, diikuti dengan kejuaraan kategori terbuka pada 10 Mac.

Bersempena dengannya ruang legar IOI City Mall akan berubah menjadi sebuah Bandar Hot Wheels bersaiz sebenar. Pengunjung juga boleh memasuki Ultimate Garage yang dibahagikan kepada lima zon iaitu:

  • Zon Pitstop Hot Wheels pengunjung boleh mencuba pakaian perlumbaan untuk sesi bergambar.
  • Zon Garage Hot Wheels pengunjung boleh menguji kepantasan tangan mereka untuk menukar tayar
  • Zon Pacuan Uji Hot Wheels, pengunjung dapat mencuba Hot Wheels Unleashed 2.0.
  • Zon Lumba Hot Wheels zon perlumbaan

Pengunjung yang berjaya menyelesaikan aktiviti mereka di setiap stesen, akan menerima Hot Wheels Flame Badge sebagai cenderahati untuk dibawa pulang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web https://www.facebook.com/hotwheels.

Sohor Kini