Skip to main content

Bulan Februari sudah berakhir dan untuk minggu pertama bagi bulan Mac ini terdapat beberapa permainan menarik, terutama bagi peminat permainan gusti. Permainan tahunan WWE 2K bakal menerima WWE 2K24 tidak lama lagi, selain itu terdapat juga permainan RPG baharu iaitu Unicorn Overlord dan permainan yang keluar daripada akses awal iaitu The Outlast Trials.

Berikut adalah 5 permainan menarik yang akan tiba minggu ini:

The Thaumaturge

Platform: PC

The Thaumaturge merupakan permainan RPG Isometrik yang memfokuskan kepada penceritaan mengenai Wiktor Szulski yang mempunyai keupayaan T’haumaturge’, ia mempunyai membolehkan individu untuk mengawal entiti. Permainan ini dibangunkan oleh Fool’s Theory dan diterbitkan oleh 11 Bit Studios dan turut diumumkan untuk PS5 dan Xbox Series tetapi masih tiada tarikh pelancaran.

The Outlast Trials

Platform: PlayStation, Xbox, PC

Permainan pengembaraan seram ini sudah dikeluarkan secara akses awal di PC sejak bulan Mei tahun lepas, dan pada 5 Mac, ia akan dikeluarkan secara penuh bukan sahaja untuk PC tetapi juga untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series. Anda boleh bermain secara solo ataupun secara dalam talian sehingga 4 pemain. Ia dibangunkan oleh Red Barrels.

WWE 2K24

Platform: PlayStation, Xbox, PC

2K Games telah meneruskan pengeluaran secara tahunan untuk permainan WWE mereka dengan pelancaran WWE 2K24 bagi tahun ini. Permainan ini menyertakan lebih 200 atlit WWE yang baharu dan juga legenda, selain itu terdapat juga atlit sukan lain seperti Muhammad Ali disertakan bersama. Antara perkara baharu yang disertakan di dalam permainan ini adalah mod khusus untuk menyambut ulang tahun ke-40 WresteMania.

Reveil

Platform: PlayStation, Xbox, PC

Permainan pengembaraan yang memfokuskan kepada tekaria ini turut menyertakan penceritaan mengenai Walter Thompson dan Nelson Bros Circus dan pelbagai misteri mengenainya. Permainan ini juga menyertakan elemen seram.

Unicorn Overlord

Platform: PlayStation, Xbox Series, Nintendo Switch

Bagi yang menyukai permainan tactical, Unicorn Overlord sudah semestinya permainan seterusnya yang menarik untuk dimainkan. Permainan ini dibangunkan oleh Vanillaware dan diterbitkan oleh SEGA. Permainan ini dikatakan ingin membawa tatamain klasik permainan tactical tetapi pada masa sama menjadikannya lebih moden.

Leave a Reply