Gun Interactive telah mengumumkan yang sejak The Texas Chain Saw Massacre dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas, ia telah mempunyai 5.6 juta pemain dengan 1.1 juta pemain membeli permainan tersebut manakala 4.5 juta pemain lagi mendapatkannya melalui Xbox Game Pass.
The Texas Chain Saw Massacre merupakan permainan seram survival secara dalam talian. Pemain akan menjadi “Family Member” yang juga pembunuh dan juga mangsa, setiap sesi akan mempunyai 3 pembunuh dan 4 mangsa yang perlu cuba untuk melarikan diri.
Permainan ini sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.