Mobile Legends: Bang Bang telah melancarkan hero baharu untuk permainan tersebut iaitu Chip yang merupakan watak Support dan Tank. Chip merupakan musang yang telah menjadi bijak selepas ujikaji oleh Dr. Baker di Laboratory 1718.

Antara kebolehan utama untuk Chip ialah dia boleh menghasilkan portal di peta untuk memudahkan dia bergerak ke sesuatu tempat dengan cepat, Chip boleh meletakkan 4 portal. Manakala bagi kuasa Ultimate, Chip boleh meletakkan portal di atas lawan yang akan melakukan Magic Damage memperlahankan mereka, selepas itu akan melakukan Magic Damage tambahan kepada semua penjahat yang berdekat dan memperlahankan mereka. Satu portal lain juga akan dihasilkan di Base, yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.

Berikut adalah kebolehan Chip:

  • Pasif : Snack Time! – Chip akan memakan cip potato yang akan menyembuh semasa tidak bertempur.
  • Skill Pertama: Crash Course – Chip akan caj hovercraft yang dinaikinya sebelum menghempas ke tanah melakukan Magic Damge, jika terkena hero lawan, Chip juga akan mendapat shield.
  • Skill Kedua: Overtime – Chip akan menjadi lebih pantas
  • Ultimate: Shortcut

Mobile Legends: Bang Bang sudah dilancarkan untuk iOS dan Android.

Sohor Kini