Genshin Impact Versi 4.5 Tiba 13 Mac Ini

HoYoverse telah mengumumkan yang Genshin Impact Versi 4.5 iaitu kemaskini utama yang seterusnya untuk permainan tersebut akan dilancarkan pada 13 Mac 2024 dengan judul “Blades Weaving Betwixt Brocade”.

Antara kandungan yang akan tiba melalui kemaskini adalah acara “Alchemical Ascension” di mana Traveler dijemput oleh Jean dan Lisa untuk mengurus kedai potion. Melaluinya pemain perlu mengurus bahagian penghasilan dan juga mengurus perniagaan kedai tersebut. Ganjaran yang disertakan untuk acara ini adalah polearm 4-bintang “Dialogue of the Desert Sages”. Selain itu terdapat juga acara seperti “Feline Fortress Furrdyssey” dan “Rolling Crossfire”.

Watak baharu yang akan tiba bersama dengan kemaskini ini ialah Chiori iaitu pereka fesyen dari Inazuma yang memiliki kedai Chioriya Boutique di Fontaine. Dia merupakan watak 5-bintang yang menggunakan pedang dengan elemen Geo. Dia mempunyai kebolehan untuk memangil pembantunnya iaitu “Tamoto” yang boleh melakukan DMG berdasarkan Defense dan Attack. Jika terdapat Geo Construct berhampiran, dua “Tamoto” akan dipanggil. Elemental Burst untuknya akan melakukan AoE Geo DMG. Semasa pengembaraan, Chiori boleh menjadikan parti bergerak 10% lebih pantas jika salah seorang daripada ahli parti memakai pakaian atau wind glider yang bukan lalai. Story Quest juga akan tiba bersama.

Bagi untuk memudahkan lagi peningkatan tahap di dalam Genshin Impact terutama bagi pemain baharu, “Training Guide” disertakan yang akan memberikan pemain cara untuk meningkatkan senjata, ataupun tempat untuk mendapatkan material dan juga senjata yang bersesuaian dengan watak-watak tertentu.

Genshin Impact sudah dikeluarkan untuk PlayStation, PC, iOS dan Android.

Sohor Kini