Skip to main content

Selain mengumumkan aplikasi baharu – Pokemon Trading Card Game Pocket, The Pokemon Company juga telah mengumumkan permainan baharu untuk siri ini iaitu Pokemon Legends: Z-A yang akan dilancarkan pada tahun 2025 secara global. Ia akan memfokuskan kepada Lumiose City iaitu tempat untuk Pokemon X dan Pokemon Y.

Buat masa ini masih tidak banyak maklumat lanjut mengenainya, tetapi berdasarkan video di atas, yang tidak menyertakan sebarang tatamain, ia adalah mengenai perancangan pembangunan di Lumiose City untuk menjadikan bandar yang sesuai bagi manusia dan juga Pokemon.

Dengan menggunakan judul Pokemon Legends, kita juga boleh jangkakan yang ia akan mempunyai tatamain lebih seperti Pokemon Legends: Arceus berbanding permainan-permainan Pokemon yang lain.

Menariknya, mereka juga mengatakan yang Pokemon Legends: Z-A ini akan dilancarkan untuk “sistem Nintendo Switch” berbanding “Nintendo Switch”, mengesahkan yang Nintendo Switch 2 akan tiba pada tahun 2025?

Leave a Reply