Skip to main content

The Pokemon Company telah mengumumkan Pokemon Trading Card Game Pocket, iaitu aplikasi baharu untuk permainan kad Pokemon. Aplikasi ini dijangka akan tiba sekitar tahun ini untuk iOS dan Android. Mereka juga berkongsi video konsep untuknya yang anda boleh tonton di bawah.

Berdasarkan video tersebut, antara fokus utama untuknya adalah membuka pek, dengan pemain akan mendapat 2 pek percuma setiap hari, berkemungkinan pemain juga boleh melakukan pembelian di dalam aplikasi untuk pek tambahan. Pemain boleh dapatkan kad dengan pelbagai rekaan termasuk juga kad yang khusus untuk aplikasi ini.

Pemain juga boleh menukar kad yang mereka miliki dengan rakan melalui sistem ‘Trade’. Kad-kad yang dikumpul juga boleh digunakan untuk ‘Quick Battle’. Aplikasi ini adalah berlainan dengan Pokemon Trading Card Game Live yang lebih mengikuti permainan kad Pokemon versi fizikal. Bagi Pocket ini, berdasarkan video di atas ia mungkin akan menyertakan tatamain yang berlainan dan mungkin lebih ringkas.

Leave a Reply