Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang siri animasi oleh Marvel Animation “X-Men ’97” akan mula disiarkan di platform tersebut pada 20 Mac 2024 yang akan menyertakan 10 episod.

Siri animasi ini akan memfokuskan kepada pasukan X-Men pada tahun 1990-an yang menggunakan kebolehan mereka untuk menjaga dunia walaupun dunia takut dan membenci mereka. Siri ini melibatkan Ray Chase sebagai Cyclops, Jennifer Hale sebagai Jean Grey, Alison Sealy-Smith sebagai Storm, Cal Dodd sebagai Wolverine, JP Karliak sebagai Morph, Lenore Zann sebagai Rogue, George Buza sebagai Beast, AJ LoCascio sebagai Gambit, Holly Chou sebagai Jubilee, Isaac Robinson-Smith sebagai Bishop, Matthew Waterson sebagai Magneto dan Adrian Hough sebagai Nightcrawler.

Siri ini diarahkan oleh Jake Castorena, Chase Conley dan Emi Yonemura dan Beau DeMayo merupakan ketua penulis.

Sohor Kini