Skip to main content

ConcernedApe telah mengumumkan yang kemaskini 1.6 untuk Stardew Valley akan dilancarkan untuk PC pada 19 Mac ini, diikuti untuk konsol dan peranti pintar dalam masa terdekat selepas itu. Selain itu, mereka juga mengumumkan yang permainan tersebut telah terjual 30 juta unit sejak dilancarkan 8 tahun yang lepas.

Kemaskini 1.6 pada awalnya dikatakan sebagai kemaskini kecil akan tetapi ConcernedApe kemudiannya mengumumkan ia menjadi lebih besar daripada perancangan awal. Melaluinya, ia akan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuk juga festival, permainan mini dan dialog.

Stardew Valley sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PC, iOS dan Android.

Leave a Reply