HBO telah mengumumkan yang siri True Detective diperbaharui untuk Musim 5 selepas musim 4 iaitu True Detective: Night Country selesai disiarkan pada minggu lepas. Issa Lopez yang merupakan showrunner dan juga pengarah untuk musim 4 akan terus dipertanggungjawabkan bagi musim baharu ini.

Selain itu, Issa Lopez juga telah menanda-tangani perjanjian dengan HBO untuk menghasilkan kandungan buat beberapa tahun secara eksklusif termasuk juga True Detective Musim 5 yang baru diumumkan ini.

True Detective merupakan siri antalogi dengan setiap musim membawa penceritaan baharu. Bagi musim 1 sehingga 3, ia diselia oleh Nic Pizzolatto sebelum HBO memilih Issa Lopez untuk musim 4.

Kesemua empat musim True Detective boleh ditonton melalui HBO Go yang boleh dilanggan dengan harga RM23.30 ataupun melalui langganan Astro dan Unifi TV.

Sohor Kini