Skip to main content

Bernama telah melaporkan yang Les’ Copaque Production mengumumkan permainan video berdasarkan siri animasi mereka iaitu Upin & Ipin akan dilancarkan untuk konsol pada bulan September tahun ini.

Pengarah Urusan, Burhanuddin Md Radzi mengatakan yang projek permainan video ini telah menelan perbelanjaan RM15 juta dan dibangunkan sejak tahun lepas oleh pembangun antarabangsa yang mempunyai cawangan di Malaysia.

Di pengumuman yang sama, beliau juga mengatakan yang siri Upin & Ipin terus berkembang di Indonesia, apabila siaran 5 jam sehari di saluran MNCTV akan ditambah menjadi 9 jam sehari. Oleh itu, selain Malaysia, permainan ini juga akan menyasarkan pasaran Indonesia.

Buat masa ini tidak disahkan lagi konsol yang akan menerima permainan ini.

Leave a Reply