World’s Edge telah mengumumkan secara rasmi Age of Empires Mobile akan dilancarkan tidak lama lagi untuk iOS dan juga Android. Ia juga tersenarai di dalam App Store dan juga Play Store dengan jangkaan tarikh pelancaran adalah 19 Ogos 2024.

Age of Empires Mobile dibangunkan oleh World’s Edge bersama dengan TiMi dengan ia diterbitkan oleh Level Infinite iaitu dua studio di bawah Tencent. Mereka juga mengatakan yang versi mudah alih akan mengikut kebanyakan bahagian daripada Age of Empires yang diminati ramai.

Pemain juga boleh membentuk tentera dengan menggunakan watak-watak sejarah seperti Julius Caesar, Joan of Arc dan Cleopatra. Permainan ini boleh dimainkan secara solo ataupun secara multipemain PVP.

Sohor Kini