5 Filem Menarik Di Pawagam Minggu Ini

Dengan kita sudah menghampiri hujung minggu untuk minggu ini, melalui artikel ini kami akan berkongsi filem-filem menarik yang memasuki pawagam pada minggu ini untuk membantu anda memilih filem untuk ditonton pada hujung minggu ini.

Trinil: Kembalikan Tubuhku

Filem dari negara jiran Indonesia ini adalah filem seram arahan Hanung Bramantyo mengenai Rara yang telah mewarisi Ladang Teh daripada bapanya yang meninggal dunia. Dia bersama dengan suaminya telah berpindah ke ladang tersebut untuk memulakan kehidupan baharu, akan tetapi Rara sering diganggu oleh entiti. Senarai pelakon ialah Fattah Amin, Wulan Guritno, Rangga Nattra.

Kereta Berdarah

Filem arahan Rizal Mantovani juga merupakan filem dari Indonesia dengan pelakon seperti Hana Malasan, Zara Leola dan Kiki Narendra. Filem ini adalah mengenai Purnama yang bercuti bersama kakaknya di Sangkara, di mana mereka pergi menggunakan kereta api. Di dalam kereta api tersebut terdapat pelbagai kejadian aneh yang berlaku.

Night Swim

Satu lagi filem seram dan kali ini filem arahan Brcye McGuire dan diterbitkan oleh Universal Pictures bersama dengan Blumhouse Productions. Filem ini adalah mengenai sekeluarga yang berpindah ke satu rumah yang mempunyai kolam renang yang mempunyai misteri tersendiri. Filem ini melibatkan Wyatt Russell, Kerry Condon, Amelie Hoeferle dan Gavin Warren.

Baca: Ulasan Night Swim

No Way Up

Filem ini adalah mengenai kapal terbang yang terhempas di Lautan Pasifik dan memfokuskan kepada watak Ava iaitu anak kepada Gabenor California, bersama dengan penumpang yang lain Ava perlu menyelamatkan diri daripada pelbagai ancaman termasuk juga jerung. Filem ini diarahkan oleh Caludio Fah dengan senarai pelakon seperti Colm Meaney, Phyllis Logan, dan Sophie Mcintosh.

Spy x Family Code: White

Filem berdasarkan siri manga dan siri anime Spy x Family membawa penceritaan tambahan melibatkan Loid Forger, Yor Forger dan Anya Forger. Selepas diarahkan untuk digantikan di dalam ‘Operation Strix’ Loid mengambil keputusan untuk membantu Anya memenangi pertandingan memasak di Eden Academym tetapi di dalam cubaan tersebut, ia telah membawa kepada pelbagai permasalahan yang lain.

Sohor Kini