2K Games telah mengumumkan senarai roster untuk WWE 2K24 yang akan dilancarkan pada 8 Mac 2024. Ia akan menyertakan lebih 200 ahli gusti daripada waktu sekarang dan juga yang lepas. Senarai dibahagikan kepada Legends/Alumni dan mengikut jenama iaitu Raw, Smackdown, NXT dan Manager.

Antara atlit yang disertai di bawah Legends/Alumni ialah Stone Cold Steve Austin, Andre the Giant, The Rock, dan seperti diumumkan sebelum ini legenda tinju, Muhammad Ali. Dua nama yang tidak disertakan ialah Brock Lesnar dan Vince McMahon.

Kedua-dua mereka buat masa ini dituduh oleh bekas atlit WWE terlibat dengan pemerdagangan seks. Brock Lesnar sebelum ini diumumkan akan disertakan di dalam WWE 2K24 termasuk juga menghiasi muka depan untuk permainan ini. Anak kepada Vince McMahon iaitu Shane McMahon dan Stephanie McMahon masih tersenarai di dalam roster.

Anda boleh baca senarai penuh roster melalui pautan ini.

WWE 2K24 akan dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini