Bandai Namco dan FromSoftware hari ini telah berkongsi treler baharu untuk Elden Ring Shadow of the Erdtree iaitu penambahan untuk Elden Ring. Mereka juga mengumumkan yang penambahan ini akan dilancarkan pada 21 Jun 2024 dengan sesi pra-tempahan sudah dibuka.
Di dalam Shadow of the Erdtree, pemain akan memasuki kawasan baharu dan sudah semestinya akan bertemu dengan penjahat-penjahat yang berlainan termasuk juga Miquella iaitu abang kembar kepada Malenia.
Elden Ring Shadow of the Erdtree boleh didapatkan dengan harga bermula RM179 jika anda sudah memiliki permainan asas, ataupun boleh dibeli secara berasa dengan harga bermula RM259 ataupun RM339 untuk Deluxe Edition.
Elden Ring sudah dilancarkan untuk PlayStation, Xbox dan PC.