Xbox Game Pass telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai perkhidmatan tersebut bagi akhir bulan ini, dan boleh dikatakan ia satu penutup bulan Februari yang baik dengan menyertakan permainan seperti Tales of Arise (turut ditawarkan melalui PS Plus Katalog), Maneater dan permainan menarik untuk kanak-kanak iaitu Bluey: The Videogame.

Berikut adalah senarai penuh permainan yang akan tiba akhir bulan ini:

  • Return to Grace (Xbox, PC) – Sudah tiba
  • Tales of Arise (Xbox, PC) – Sudah tiba
  • Bluey: The Video Game (Xbox, PC) – 22 Februari 2024
  • Maneater (Xbox, PC) – 27 Februari 2024
  • Indivisible (Xbox, PC) – 28 Februari 2024
  • Space Engineer (Xbox, PC) – 29 Februari 2024
  • Warhammer 40,000: Boltgun (Xbox, PC) – 5 Mac

Mereka juga telah mengumumkan permainan-permainan yang akan meninggalkan perkhidmatan ini iaitu pada 29 Februari 2024 untuk permainan lain seperti berikut:

  • Madden NFL 22
  • Soul Hackers 2

Setiap permainan ini akan ditawarkan dengan potongan harga 20% bagi pelanggan yang ingin dapatkan permainan ini secara penuh.

Buat masa sekarang, hanya PC Game Pass yang ditawarkan di Malaysia dengan harga langganan RM15 sebulan.

Sohor Kini