Selain mengumumkan laptop Predator Helios dan Predator Helios Neo ditawarkan bermula hari ini, Acer juga mengumumkan penawaran desktop iaitu Acer Nitro 50 yang ditawarkan dengan harga RM4,399 tetapi bagi pembelian bermula sekarang sehingga 7 Mac 2024, ia boleh didapatkan dengan harga RM4,099 iaitu potongan RM300.

Acer Nitro 50 hadir dengan pemprosesan Intel Core i5-14400F, kad grafik NVIDIA GeForce RTX4060 8GB VRAM yang mempunyai sambungan satu HDMI dan 3 x Display Port. Bagi RAM ia disertakan dengan 8GB RAM yang boleh dinaik taraf sehingga 32GB, manakala storan ia menyertakan 512GB SSD yang juga boleh dinaik taraf.

Dekstop ini hadir dengan chassis bersaiz 18-liter dan boleh didapatkan melalui Acer eStore, Shopee dan Lazada rasmi Acer dan pengedar rasmi Acer seluruh Malaysia.

Sohor Kini