Acer Malaysia hari ini telah mengumumkan Predator Helios, Predator Helios Neo dan Acer Nitro 50 yang diumumkan pada bulan lepas, ditawarkan secara rasmi di Malaysia bermula hari ini. Kesemua produk ini menggunakan pemprosesan Intel Core yang terbaru dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX40.

Predator Helios

Predator Helios 18 dan Predator Helios 16 hadir dengan pemprosesan Intel Core i9-14900HX dan RAM 32GB yang boleh dinaik taraf sehingga 64GB.

Predator Helios 18 ditawarkan dengan dua pilihan model seperti berikut:

PH18-72-97LZ

  • Paparan: 18″, 250Hz (Mini LED bersama IPS)
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4090 16GB
  • Storan: 4TB SSD
  • Harga: RM18,999

PH18-72-95S2

  • Paparan: 18″, 240Hz (IPS)
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4080 12GB
  • Storan: 2TB SSD
  • Harga: RM13,999

Manakala Predator Helio 16 ditawarkan dengan tiga pilihan model:

PH16-72-91S6

  • Paparan: 16″, 250Hz (Mini LED bersama IPS)
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4080 12GB
  • Storan: 2TB SSD
  • Harga: RM14,999

PH16-72-9551

  • Paparan: 16″, 240Hz (IPS)
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4080 12GB
  • Storan: 2TB SSD
  • Harga: RM12,999

PH16-72-95L8

  • Paparan: 16″, 240Hz (IPS)
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB
  • Storan: 2TB SSD
  • Harga: RM10,999

Bagi promosi pelancaran, kesemua laptop ini boleh didapatkan dengan potongan harga RM1,000 Buntuk pembelian bermula 21 Februari sehingga 7 Mac 2024. Pembeli juga akan mendapat hadiah percuma beg galas.

Predator Helios Neo 16

Bagi yang mencari laptop dengan harga lebih berpatutan, Predator juga menawarkan Predator Helios Neo 16 yang ditawarkan dengan tiga pilihan model seperti berikut:

PH16-72-75XH

  • Paparan: 16″, 240Hz (IPS)
  • Cip Pemprosesan: Intel Core i7-14700HX
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4070 8GB
  • Storan: 1TB SSD
  • Harga: RM8,999

PHN16-72-7531

  • Paparan: 16″, 165Hz (IPS)
  • Cip Pemprosesan: Intel Core i7-14700HX
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB
  • Storan: 1TB SSD
  • Harga: RM7,299

PHN16-72-52P9

  • Paparan: 16″, 165Hz (IPS)
  • Cip Pemprosesan: Intel Core i5-14500HX
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce RTX 4060 8GB
  • Storan: 1TB SSD
  • Harga: RM6,399

Bagi promosi pelancaran yang bermula pada 21 Februari sehingga 7 Mac 2024, Predator Helios 16 boleh didapatkan dengan potongan harga sebanyak RM500 untuk kesemua model.

Anda boleh layari gedung rasmi Acer dan juga mengunjungi cawangan-cawangan terdekat untuk melakukan tempahan bagi Predator Helios dan Predator Helios Neo bermula hari ini.

Sohor Kini