Skip to main content

Bagi minggu ketiga untuk bulan Februari ini, boleh dikatakan permainan-permainan menarik yang dilancarkan memfokuskan kepada permainan untuk PC dan juga permainan yang akan tiba secara akses awal, terdapat juga permainan yang dilancarkan penuh setelah dikeluarkan secara akses awal sebelum ini.

Nightingale

Platform: PC

Nightingale merupakan permainan oleh Inflexion Games, ia merupakan permainan dunia terbuka ‘survival-crafting’ yang akan dikeluarkan secara akses awal pada 21 Februari 2024 melalui Steam dan juga PC. Selain menyertakan tatamain biasa untuk permainan genre ini, ia juga menyertakan tatamain unik iaitu Realm Card.

Terminator: Dark Fate – Defiance

Platform: PC

Terminator Dark Fate – Defiance merupakan permainan strategi masa nyata yang dibangunkan oleh Slitherine Software berdasarkan francais filem terkenal Terminator. Selain mod permainan solo ia juga menyertakan multi-pemain sehingga 4 pemain. Permainan ini akan dikeluarkan pada 21 Februari 2024 untuk PC.

Last Epoch

Platform: PC

Eleventh Hour Games akan melancarkan secara penuh Last Epoch yang sudah memasuki akses awal sejak 1 Mei 2019. Ia merupakan permainan aksi RPG yang boleh dikatakan sebagai permainan alternatif untuk Diablo dan juga Path of Exile.

Pacific Drive

Platform: PS5 & PC

Pacific Drive merupakan permainan survival yang dibangunkan oleh Ironwood Studios dan diterbitkan oleh Kepler Interactive. Ia bukan satu lagi permainan survival tetapi mempunyai keunikan dengan pemain akan menjadi pemandu kereta. Pemain perlu naik taraf kereta untuk terus selamat daripada pelbagai ancaman di jalan raya.

Sons of the Forest

Platform: PC

Satu lagi permainan survival dan juga satu lagi permainan yang sudah dikeluarkan secara akses awal dan pada 24 Februari 2024. Ia dibangunkan oleh Endnight Games dan diterbitkan oleh Newnight. Di dalam permainan ini, pemain terdampar di satu pulau yang dipenuhi dengan cannibals.

Leave a Reply