Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan senarai permainan yang akan menyertai Katalog PS Plus bermula hari ini bagi pelanggan PlayStation Plus Extra dan PlayStation Plus Deluxe. The Outer Worlds oleh Obsidian Entertainment yang anda boleh baca ulasan kami di pautan ini, Tales of Arise oleh Bandai Namco, baca ulasan melalui pautan ini dan juga Assassin’s Creed Valhalla yang anda boleh baca ulasan di pautan ini.

Berikut adalah senarai permainan yang akan disertakan;

  • Need for Speed Unbound
  • The Outer Worlds: Spacer’s Choice Edition
  • Tales of Arise
  • Assassin’s Creed Valhalla
  • LEGO Worlds
  • LEGO Jurassic World
  • Roguebook
  • Rogue Lords
  • Tales of Zestiria

Pelanggan PlayStation Deluxe juga akan mendapat permainan-permainan di bawah kategori PlayStation Classic dan berikut adalah permainan-permainan yang disertakan pada bulan ini;

  • Resistance: Retribution
  • Jet Moto 2
  • Tales of Symphonia
  • Tales of Vesperia

PlayStation Plus kini ditawarkan dengan tiga tahap iaitu Essential, Extra dan Deluxe. Essential ditawarkan dengan harga RM39/sebulan, RM75/3 bulan dan RM235/setahun. Extra ditawarkan dengan harga RM49/sebulan, RM125/3 bulan dan RM400/setahun. Deluxe ditawarkan dengan harga RM55/sebulan, RM145/3 bulan dan RM460/setahun.

Sohor Kini