SEGA dan Atlus telah mengumumkan yang Persona 3 Reload yang dilancarkan secara rasmi pada 2 Februari 2024 telah terjual 1 juta unit setakat ini, menjadi permainan Atlus terpantas mencapai jumlah tersebut.
Persona 3 Reload ialah versi olahan semula bagi Persona 3 yang dikeluarkan pada tahun 2006. Ia mengekalkan penceritaan tetapi membawa tatamain agar hampir sama dengan Persona 5. Persona 3 Reload sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Ia juga ditawarkan di Xbox Game Pass dan PC Game Pass.