Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang siri anime Sand Land: The Series akan tiba di platform penstriman tersebut pada suku kedua tahun ini. Sand Land merupakan siri manga oleh Akira Toriyama iaitu pencipta Dragon Ball yang dikeluarkan pada tahun 2000, siri ini tidak panjang dan mempunyai 14 bab sahaja.
Siri ini memfokuskan kepada watak Sand Land yang merupakan iblis tetapi telah diminta tolong untuk membantu manusia kerana keadaan dunia pada waktu itu. Filem animasi sudah dikeluarkan pada tahun lepas, dan siri animasi ini adalah berdasarkan filem tersebut.
Bandai Namco sebelum ini juga telah mengumumkan yang mereka sedang membangunkan permainan video berdasarkan Sand Land.