Playdate Kini Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM950

Panic mengumumkan yang mereka telah berjaya memenuhi tempahan awal bagi konsol Playdate mereka dan kini mula ditawarkan dengan lebih meluas termasuk juga untuk Malaysia iaitu tempat di mana konsol ini dipasangkan.

Playdate adalah konsol yang mempunyai paparan skrin 2.7 inci dengan resolusi 400 x 240 dan memaparkan paparan hitam putih sahaja. Selain mempunyai alat kawalan biasa D-Pad dan butang A, B ia juga disertakan dengan engkol yang digunakan untuk mengawal watak di dalam permainan.

Setiap Playdate hadir dengan 24 permainan terpasang, dan pengguna boleh mendapatkan ataupun membeli permainan lain melalui Catalog di dalam konsol dan juga melalui laman itch.io.

Playdate ditawarkan dengan harga $199 (~RM951) ataupun $219 (~RM1046) bersama dengan Cover dan Cover juga boleh dibeli secara berasingan dengan harga $29 (~RM138). Anda boleh melakukan tempahan melalui pautan ini dengan penghantaran dijangka mengambil masa 2 hingga 4 minggu.

Sohor Kini