Melalui temubual bersama dengan Stephen Colbert, Chritopher Nolan mengatakan yang beliau tidak rasa bersalah menyukai francais ‘Fast & Furious’ dan mengatakan ia adalah satu francais filem aksi yang sangat baik.

Beliau juga terkejut mendengar yang Stephen Colbert tidak pernah menonton mana-mana filem daripada siri ini, dan mencadangkan untuk tonton Tokyo Drift sebagai satu filem kendiri. Ini bukanlah pertama kali pengarah filem Inception, Dunkirk dan TENET ini mengatakan beliau menyukai francais ini, sebelum ini beliau pernah memuji “Tokyo Drift” di dalam podsiar “Happy Sad Confused”

The Fast and The Furious: Tokyo Drift merupakan filem ketiga di dalam francais ini yang diterbitkan pada tahun 2006. Anda boleh tonton filem ini di Netflix dan juga Prime Video.

Sohor Kini