Apple telah mengumumkan yang iTunes untuk Windows kini dibahagikan kepada empat aplikasi berlainan, iaitu Apple Music, Apple TV, Devices dan iTunes. Aplikasi-aplikasi ini boleh dimuat-turun melalui Microsoft Store.
Menggunakan aplikasi Apple TV, pengguna boleh menonton kandungan-kandungan Apple TV+, bersama dengan perpustakaan peribadi termasuk juga kandungan yang disewa atau dibeli. Pengguna juga boleh melakukan sewaan dan pembelian secara terus melalui aplikasi ini.

Aplikasi Apple Music juga menyokong kebanyakan feature yang di bawa oleh Apple Music seperti lossless playback, lirik, dan juga muzik video dengan kualiti 4K. Aplikasi Devices pula digunakan untuk pengguna kemaskini, sync dan membuat salinan untuk peranti Apple.
iTunes masih lagi ditawarkan akan tetapi aplikasi ini hanya terhad unutk pneggunaan Podsiar dan juga Buku Audio sahaja.