Durioo+ hari ini telah berkongsi treler acah untuk ‘ILM: Kebangkitan Khalifah’ iaitu siri animasi terbaru yang akan disiarkan secara eksklusif di platfrom penstriman tersebut.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah yang juga mengumumkan Alif Satar akan menjadi salah seorang pelakon suara dengan beliau membawa watak Ishak.

Berikut adalah sinopsis untuk ILM: Kebangkitan Khalifah yang disediakan oleh Durioo+:

“Pada tahun 4030, sekumpulan wira Muslim cuba bangkit dari penindasan Zaleem dan tenteranya pasca peperangan Mech. Siddiq dan Farooq adalah sebahagian yang berjuang menentang kegelapan dan kezaliman melalui penjejakan”

Siri ini akan tiba pada bulan Ramadan tahun ini. Durioo+ boleh dilanggan dengan harga RM12.90 sebulan ataupun RM135 setahun.

Sohor Kini