Skip to main content

Disney hari ini telah mengumumkan yang siri Percy Jackson and the Olympians disahkan akan menerima musim kedua selepas musim pertama menerima 110 juta jam tontonan di Disney+ dan Hulu. Pengumuman tersebut dilakukan ketika laporan kewangan, di mana Disney juga mengumumkan Moana 2 dan kerjasama dengan Epic Games.

Musim kedua ini akan memfokuskan kepada kisah daripada buku kedua untuk siri ini iaitu “The Sea of Monsters”. Walker Scobell, Leah Sava Jeffries dan Aryan Simhadri dan akan kembali untuk membawa watak mereka di dalam musim baharu ini.

Selain mendapat sambutan yang baik melalui penstriman, Disney juga mengatakan yang buku Percy Jackson juga kembali menjadi buku popular di senarai ‘New York Times Bestseller’ selepas siri di Disney+ ini bermula.

Musim pertama sudah ditawarkan melalui Disney+ Hotstar dan mempunyai 8 episod.

Leave a Reply