Skip to main content

Ubisoft hari ini telah melancarkan sesi beta terbuka untuk Skull and Bones dan boleh dimainkan secara rentas platform untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Epic Games Store dan juga Ubisoft Store. Sesi ini adalah sehingga 11 Februari dan pemain juga boleh meneruskan sesi permainan mereka apabila permainan ini dilancarkan secara penuh pada 16 Februari 2024.

Selain itu, Ubisoft juga telah berkongsi perancangan kandungan yang akan tiba tahun pertama selepas pelancaran yang anda boleh tonton melalui video di bawah.

Skull and Bones akan dilancarkan pada 16 Februari 2024 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC, pemain juga boleh langgan Ubisoft+ untuk bermain-nya tiga hari lebih awal.

Leave a Reply