Walt Disney Company hari ini telah mengumumkan yang mereka membuat pelaburan sebanyak $1.5 bilion untuk mendapat pegangan di dalam Epic Games. Selain itu, mereka juga mengumumkan mesta baharu yang akan dibangunkan bersama khusus untuk permainan video dan juga hiburan, mesta ini juga akan berhubung dengan Fortnite.
Menurut kenyataan akbar, mesta ini akan membolehkan pengguna untuk bermain, tonton, membeli dan juga berinteraksi dengan kandungan, watak dan juga penceritaan daripada Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, Avatar dan pelbagai lagi IP di bawah Disney.
Menurut CEO Walt Disney, Robert A. Iger ini merupakan penglibatan terbesar Disney di dalam dunia permainan video dan ia akan menyertakan peluang untuk berkembang. Manakala CEO Epic Games pula mengatakan yang mesta ini akan membawa bersama komuniti Disney dan Fortnite.
Mesta baharu ini dikatakan akan dilancarkan “tidak lama lagi”.