Zenless Zone Zero Disahkan Untuk PlayStation 5

HoYoverse ketika acara State of Play telah mengumumkan secara rasmi yang Zenless Zone Zero sedang dibangunkan untuk PlayStation 5 bersama dengan versi PC, iOS dan Android. Namun, buat masa ini masih tidak disahkan jika ia akan dilancarkan bersama ataupun tarikh yang berlainan.

Selain itu, mereka juga berkongsi treler baharu yang anda boleh tonton di bawah.

Zenless Zone Zero merupakan permainan ARPG di mana penceritaan memfokuskan kepada ketamadunan manusia telah dimusnahkan oleh satu bencana yang digelar sebagai Hollows. Bandar New Eridu menggunakan segala teknologi dan sumber yang ada untuk melawan Hollow ini dan menjadi harapan terakhir untuk tamadun manusia. Pemain akan menjadi Proxy iaitu seorang yang pakar untuk melalui Hollow.

Buat masa ini masih tiada tarikh pelancaran untuk Zenless Zone Zero tetapi disahkan akan tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini