Apple TV+ telah berkongsi video terbaru yang memperlihatkan kandungan-kandungan akan tiba di perkhidmatan penstriman tersebut sepanjang tahun ini.
Anda boleh tontonnya di bawah.
Antara yang diperlihatkan ialaah “Presumed Innoncent” iaitu siri yang dihasilkan oleh David E. Kelley dan diterbitkan oleh J.J Abrams dengan bintang utama ialah Jake Gyllenhaal. Siri ini akan bermyla pada 14 Jun dengan episod baharu tiba setiap minggu.
Selain itu ialah “Manhunt” iaitu siri yang melibatkan pelakon seperti Tobiaz Menzies dan Monica Beletsky yang juga penerbit bagi siri ini. Siri ini akan mula disiarkan pada 15 Mac sebanyak 2 episod dengan episod seterusnya akan tiba setiap minggu bermula 19 April 2024.
Berikut adalah senarai penuh kandungan yang akan tiba termasuk juga tarikh siaran:
- The New Look – 14 Februari
- The Dynasty: New England Patriots – 16 Februari
- Snoopy Presents: Welcome Home, Franklin – 16 Februari
- Constellation – 21 Februari
- Messi’s World Cup: The Rise of a Legend – 21 Februari
- The Completely Made-Up Adventure of Dick Turpin – 1 Mac
- The Reluctant Traveler with Eugene Levy (Musim 2) – 8 Mac
- Manhunt – 15 Mac
- Palm Royale – 20 Mac
- Fraggle Rock: Back to the Rock (Musim 2) – 29 Mac
- Loot (Musim 2) – 3 April
- Sugar – 5 April
- GIrls State – 6 April
- Franklin – 12 April
- The Big Door Prize (Musim 2) – 24 April
- Dark Matter – 8 Mei
- Trying (Musim 4) – 22 Mei
- Presumed Innocent – 14 Jun
- Land of Women – Suku Kedua
- Acapulco (Musim 3) – 1 Mei
Apple TV+ ditawarkan dengan harga RM29.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple Arcade dengan harga RM34.90 untuk pelan individu, RM44.90 untuk pelan keluarga, dan RM84.90 untuk Premier yang turut menyertakan Apple Fitness+