Wargaming telah mengumumkan yang bersempena dengan Tahun Baharu Cina mereka telah hadir dengan ‘Lunar New Year Event Pass’ yang mempunyai dua jalur kemajuan. Jalur pertama menyertakan pelbagai barangan kosmetik, manakala jalur kedua menyertakan barangan kerjasama bersama dengan pencipta kandungan TheRussianBadger.
Selain itu, melalui kemaskini terbaru, ia mempertingkatkan interaksi di antara kapal selam, kapal selam dan juga Anti-Submarine Warfare (ASW) termasuk juga consumable iaitu “Depth Charge Airstrike” dan “Submarine Surveillance”.
Mod Airship Escort juga akan kembali untuk dua minggu bermula pada 22 Februari ini, dan acara khusus untuk USS Enterprise juga akan dianjurkan selama 6 minggu.
World of Warships sudah dikeluarkan untuk PC, World of Warships: Legends untuk PlayStation dan Xbox, World of Warhsips Blitz untuk iOS dan Android.