Garena telah mengumumkan yang Undawn PRO akan mula menganjurkan acara masa terhad ‘Dragongate Welcome’ bermula 8 Februari 2024 bersempena dengan Tahun Baharu Cina yang disambut minggu ini.

Antara yang disertakan semasa acara ini adalah kawasan baharu di Dragongate Street yang telah dihiasi dengan pelbagai tarikan untuk pemain mengalaminya. Selain itu, terdapat juga penceritaan di kawasan ini yang mempunyai misteri tersendiri.

Selain itu, pemain juga boleh mengakses ‘The Koi at Dragongate’ pada pukul 7.54 malam dan 7.55 malam pada 9, 13, dan 17 Februari untuk menyertai cabutan dan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai barangan termasuk juga kostum Dragon Brocade, 888 RC, 38,888 Gold dan Ultimate Special Skill Fragments Crate.

Manakala bermula 9 sehingga 17 Februari, pemain boleh melihat bunga api bermula pada pukul 9 malam sehingga 1 pagi, untuk mendapat 3 ‘wish-filled chests’ setiap 20 minit. Ia akan mengandungi pelbagai barangan termasuk juga baucar Dragongate.

Sehingga 29 Februari, pemain juga boleh menyertai acara Spring Glory untuk berpeluang mendapatkan kostum Dreamer Modernized Tradition.

Undawn PRO sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Sohor Kini