Demo Final Fantasy VII Rebirth Boleh Dimuat-Turun

Square Enix hari ini telah berkongsi lanjut mengenai Final Fantasy VII Rebirth melalui State of Play khusus untuknya. Mereka antaranya telah berkongsi treler 11 minit yang memperlihatkan pelbagai tatamain dan juga mengumumkan demo untuk permainan ini sudah boleh dimuat-turun.

Anda boleh tonton treler tersebut di bawah.

Treler terbaru ini telah memperlihatkan kawasan yang luas untuk pemain mengembara dan juga melakukan pelbagai aktiviti. Pemain boleh menggunakan cara-cara yang berlainan untuk mengembara, antaranya menggunakan Chocobo, buggies dan wheelies.

Selain itu, Square Enix juga berkongsi mengenai sistem baharu yang diperkenalkan mengenai perhubungan Cloud dengan rakan-rakannya yang boleh mengubah adegan tertentu dan juga jika mempunyai perhubungan yang baik, akan memberi gerakan tambahan semasa bertempur.

Melalui demo yang sudah boleh dimuat-turun, pemain akan bermain adegan imbas kembali dan dapat mengawal Cloud dan juga Sephiroth semasa mereka berada di Nibelheim. Square Enix juga mengatakan yang mereka akan menambah bahagian demo untuk membolehkan pemain mengembara di Junon, ia akan tiba sebelum pelancaran penuh permainan ini.

Final Fantasy VII Rebirt akan dilancarkan pada 29 Februari 2024 untuk PlayStation 5.

Sohor Kini