Reuters hari ini telah melaporkan yang Tencent ingin membangunkan permainan mudah alih berdasarkan permainan Elden Ring. Tencent dikatakan mendapat hak untuk menerbitkan permainan tersebut pada tahun lepas, iaitu tahun yang sama mereka mendapat 16% pegangan daripada FromSoftware.

Menurut laporan tersebut lagi, mereka ingin hadir dengan permainan percuma untuk dimainkan, sama seperti “Genshin Impact” walaupun Elden Ring merupakan permainan berbayar yang telah terjual lebih 20 juta unit setakat ini.

Buat masa ini, projek tersebut masih di peringkat awal dengan hanya terdapat beberapa puluh orang sahaja yang terlibat dan pembangunan untuknya dikatakan perlahan.

Sohor Kini